0 of 17 Questions completed
Questions:
You have already completed the quiz before. Hence you can not start it again.
Quiz is loading…
You must sign in or sign up to start the quiz.
You must first complete the following:
0 of 17 Questions answered correctly
Your time:
Time has elapsed
You have reached 0 of 0 point(s), (0)
Earned Point(s): 0 of 0, (0)
0 Essay(s) Pending (Possible Point(s): 0)
Fahaman
Baca cerita di bawah ini kemudian jawab soalan-soalan berikut.
Menjaga Kebersihan Fizikal dan Mental
Orang yang sihat itu ialah orang yang mengutamakan kebersihan fizikal dan mental. Kesihatan bukan hanya diukur dari segi luaran sahaja tetapi yang lebih penting ialah kesihatan mental. Gabungan dari dua aspek inilah yang dapat mewujudkan kesihatan yang sempurna, peribadi yang menarik, emosi yang stabil dan jiwa yang tenang.
Kebersihan fizikal bermaksud orang yang memelihara kebersihan tubuh badannya daripada kekotoran seperti memelihara kebersihan kulit, mulut dan gigi, hidung, mata dan telinga, serta tangan dan kaki.
Antara cara memelihara kebersihan fizikal ialah dengan menggosok badan ketika mandi, kerap memberus gigi, memastikan kuku sentiasa pendek dan bersih, memelihara kebersihan mata, hidung dan telinga, bersenam dan juga menjaga penampilan diri dengan berpakaian kemas dan bersih.
Manakala kebersihan mental pula bermaksud orang yang memelihara dan mengamalkan cara berfikir yang bersih dan sihat seperti tidak berburuk sangka dan mahu menerima nasihat dan teguran.
Cara memelihara kebersihan mental ialah dengan berbaik sangka, pemaaf dan tidak suka akan pergaduhan, bersifat terbuka dan berlapang dada, mengelakkan dari berkata kesat dan bercakap kotor atau lucah, memilih bahan bacaan yang sihat dan melihat gambar-gambar yang berfaedah dan boleh menambah ilmu pengetahuan kita.
Bagi menjamin kesihatan fizikal kita mestilah menjauhkan diri daripada bermain benda-benda berbahaya dan tajam seperti bermain bunga api, bedil, pisau, parang, cangkul, jarum dan paku. Semua ini boleh menyebabkan kecederaan dan kecacatan pada tubuh badan.
Kesihatan mental juga perlu diberi perhatian dengan mengawal diri agar tidak terikut dengan aktiviti yang tidak sihat seperti menyalahgunakan dadah dengan memakan ubat-ubatan terlarang, bahan sedutan dan racun yang boleh menjadikan akal fikiran menjadi kurang siuman dan juga boleh membawa kematian. Di samping itu, kita juga mestilah menjauhkan diri daripada membaca bahan bacaan yang berunsur lucah, keganasan dan termasuklah melayari laman web yang tidak sihat. Perkara seumpama itu boleh mempengaruhi tindakan kita dan berfikiran tidak waras.
Jawab soalan berikut.
Apa yang dimaksudkan dengan orang yang sihat?
Jawab soalan berikut.
Orang yang mengamalkan kebersihan fizikal dan mental akan memberikan kesan yang baik terhadap dirinya. Apa dia kesan yang baik itu?
Jawab soalan berikut.
Apakah cara memelihara kebersihan fizikal selain mandi, memberus gigi, membersihkan kuku, mata, hidung dan telinga?
Jawab soalan berikut.
Bermain dengan benda-benda berbahaya dan tajam boleh menyebabkan kecederaan dan kecacatan tubuh badan. Apakah contoh benda-benda berbahaya dan tajam tersebut?
Jawab soalan berikut.
Apakah kesan buruk daripada perbuatan memakan ubat-ubatan terlarang tanpa kawalan?
Jawab soalan berikut.
Pilih TIGA contoh yang menerangkan maksud memelihara kebersihan mental.
Jawab soalan berikut.
Pilih DUA contoh yang mempengaruhi cara kita bertindak dan berfikir yang perlu kita elak dan jauhkan.
Pilih jawapan yang betul dan sesuai.
Untuk menjamin kesihatan fizikal, kita hendaklah __________ diri daripada bermain benda berbahaya dan tajam.
Pilih jawapan yang betul dan sesuai.
Kebersihan fizikal ialah memelihara kebersihan __________ daripada kotoran.
Pilih jawapan yang betul dan sesuai.
Orang yang mengutamakan kebersihan fizikal dan mental adalah orang yang __________.
Pilih jawapan yang betul dan sesuai.
Salah satu cara memelihara kebersihan diri ialah dengan memastikan kuku tangan dan kaki __________.
Pilih jawapan yang betul dan sesuai.
Kesihatan __________ menjadi ukuran penting bagi menggambarkan kesihatan sebenar.
Pilih jawapan yang betul dan sesuai.
Membersihkan kulit, tangan, kaki dan pancaindera seperti __________ boleh memelihara kesihatan tubuh badan kita.
Pilih NILAI-NILAI MURNI yang perlu dilakukan ketika
berhadapan dengan peritiwa di bawah.
peristiwa 1
Adik kamu memberontak minta dibelikan gajet dan bersikap kurang ajar terhadap ibu kamu. Apakah tindakan kamu sebagai abang?
Pilih NILAI-NILAI MURNI yang perlu dilakukan ketika
berhadapan dengan peristiwa di bawah.
peristiwa 2
Kawan kamu secara sembunyi membaca majalah yang mengandungi gambar berunsur lucah di sekolah. Apakah yang patut kamu lakukan?
Ucapan penghargaan kepada kakitangan ACHIEVERS atas usaha dan sokongan mereka yang berterusan. Kami juga ingin merakamkan ucapan TERIMA KASIH kepada yang berikut: de’ Heritage, Achievers, 123rf adalah tanda dagangan berdaftar syarikat berkenaan dan Kementerian Pendidikan Negara Brunei Darussalam. Semua nama dan penggunaan perkhidmatan produk lain yang dikenal pasti di dalam program interaktif ini adalah tanda dagangan atau tanda dagangan berdaftar syarikat masing-masing. Walau bagaimanapun, sekiranya mungkin, kredit dan penghargaan telah diberikan kepada pemegang hak cipta tetapi jika kami gagal mengesan dan memberikan penghargaan kepada pemegang hak cipta, kami dengan tulus ikhlas memohon maaf dan berharap mereka akan menerima permohonan maaf kami dengan keikhlasan dan menganggap kebebasan kami dengan niat baik.
Segala maklumat dan bahan yang terkandung dalam program interaktif ini disediakan “sebagaimana adanya”, tanpa jaminan apa pun, tersurat atau tersirat, termasuk tanpa had jaminan mengenai ketepatan, kecukupan, atau kelengkapan maklumat atau bahan atau keputusan yang akan diperolehi daripada penggunaan maklumat atau bahan ini. Baik syarikat Penerbitan ACHIEVERS atau pengarang tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan yang disebabkan oleh kesilapan, kekurangan, atau ketidaktepatan lain dalam maklumat atau bahan yang terkandung dalam program interaktif ini dan dalam keadaan apa sekalipun syarikat Penerbitan ACHIEVERS atau pengarang tidak akan bertanggungjawab atas kerosakan secara langsung, tidak langsung, khas, sampingan, atau akibat yang disebabkan oleh program interaktif ini.
Hak cipta terpelihara. Tiada bahagian dari program interaktif ini boleh diterbitkan semula, disimpan dalam sistem simpanan atau dihantar dengan cara apa pun, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman atau sebaliknya, tanpa kebenaran bertulis dari syarikat ACHIEVERS.
Diterbitkan di Negara Brunei Darussalam
oleh Achievers
Sila layari kami
@achieverselearning.com
This response will be reviewed and graded after submission.