0 of 45 Questions completed
Questions:
You have already completed the quiz before. Hence you can not start it again.
Quiz is loading…
You must sign in or sign up to start the quiz.
You must first complete the following:
0 of 45 Questions answered correctly
Your time:
Time has elapsed
You have reached 0 of 0 point(s), (0)
Earned Point(s): 0 of 0, (0)
0 Essay(s) Pending (Possible Point(s): 0)
Baca petikan di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.
CIKGU SITI telah sepuluh tahun menjadi guru. Dalam jangka waktu itu, ia mengalami berbagai kenangan pahit dan manis. Kebanyakkannya menarik dan melucukan. Tetapi satu kenangan yang masih segar difikirannya ialah kisah seorang budak lelaki bernama Amirul.
Hari itu ialah hari pertama Cikgu Siti mengajar di Darjah 3. Pada hari itu juga sudah genap tiga tahun Cikgu Siti menjadi guru. Dia pun berkenal-kenalan dengan murid-muridnya. Tiba pada giliran seorang budak lelaki yang duduk di barisan ketiga dari pintu, hati Cikgu Siti begitu terharu melihatnya, dia tidak banyak bercakap ketika ditanya. Selesai memperkenalkan namanya dia terus duduk. Kerana hari itu hari pertama, selesai berkenal-kenalan Cikgu Siti hanya membiarkan murid-muridnya membuat kerja masing-masing.
Amirul menjadi perhatiannya kerana dia tidak selincah murid-muridnya yang lain. Amirul ke sekolah dengan pakaian yang lusuh dan tidak kemas. Badannya kurus, rambutnya tidak terurus dan matanya yang bulat hitam itu kelihatan kuyu. Setiap langkahnya longlai seakan tidak bermaya. Pada perhatian Cikgu Siti dia sering diasingkan oleh kawan-kawannya.
Dipetik daripada:
Kisah dan Teladan
Antologi Cerpen Sesekali Angin Bertiup
(kira-kira 148 patah perkataan)
This response will be reviewed and graded after submission.
Jawab soalan di bawah dengan memilih jawapan yang paling tepat.
1. Berapa lamakah Cikgu Siti sudah bertugas sebagai seorang guru?
Jawab soalan di bawah dengan memilih jawapan yang paling tepat.
2. Nyatakan kenangan yang masih segar difikiran Cikgu Siti?
Jawab soalan di bawah dengan memilih jawapan yang paling tepat.
3. Mengapakah hati Cikgu Siti terharu?
Jawab soalan di bawah dengan memilih jawapan yang paling tepat.
4. Jelaskan perwatakan Amirul seperti dalam petikan ini?
Pilih jawapan yang betul.
5. Pada pendapat kamu, apakah yang menyebabkan Amirul sering diasingkan oleh kawan-kawan sekelasnya?
Baca petikan di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
Anak-anak ialah insan yang paling handal dalam meniru tingkah laku manusia. Mereka akan meniru apa saja yang dilihat atau didengar tanpa menilai kebaikan atau keburukannya. Lazimnya anak-anak lebih cenderung untuk melakukan apa yang mereka perhatikan daripada tingkah laku ibu bapa mereka. Seterusnya ikutan itu akan sebati dengan diri anak-anak sehingga menjadi sebahagian daripada tabiat atau tingkah laku mereka.
Anak-anak juga akan menganggap bahawa gerak geri dipelajari itu baik kerana ibu bapa merupakan model utama yang harus menjadi contoh kepada mereka. Dalam hal ini, ibu bapa perlu berhati-hati dengan tingkah laku mereka sendiri agar tidak diteladani oleh anak-anak.
Oleh itu, jelas menunjukkan bahawa pembentukan personaliti anak-anak itu juga banyak dipengaruhi oleh corak didikan yang diterima daripada ibu bapa masing-masing.
Oleh yang demikian, ibu bapa perlu sedaya upaya mengelakkan diri dari terjebak dalam situasi yang bermasalah. Keluarga yang mempunyai masalah akan meninggalkan kesan yang buruk kepada anak-anak. Anak-anak akan hilang keyakinan diri untuk melakukan sesuatu jika mereka sering terdedah kepada pelbagai masalah dalam keluarga. Sebaliknya, mereka akan berasa rendah diri, murung, hidup dalam ketakutan dan sebagainya. Akibatnya, mereka tidak mampu untuk mengembangkan potensi diri.
Ibu bapa perlu mengubah cara mendidik anak-anak seperti tidak memaksa anak-anak melakukan apa yang diarah, sebaliknya arahan itu perlu sejajar dengan apa yang dipamerkan. Bak kata pepatah Melayu, ‘anak-anak itu umpama sehelai kain putih, ibu bapalah yang mencorakkan kehidupan anak-anak mereka’.
(kira-kira 224 patah perkataan)
This response will be reviewed and graded after submission.
Pilih satu jawapan yang betul.
10. Pada pendapat kamu, apakah maksud pepatah ‘anak-anak itu umpama sehelai kain putih, ibu bapalah yang mencorakkan kehidupan mereka?’
Berikan makna perkataan yang bergaris di bawah berdasarkan penggunaaannya dalam petikan.
11. (a) Seterusnya ikutan itu akan sebati dengan diri anak-anak sehingga menjadi sebahagian daripada tabiat atau tingkah laku mereka.
Berikan makna perkataan yang bergaris di bawah berdasarkan penggunaaannya dalam petikan.
11. (b) Dalam hal ini, ibu bapa perlu berhati-hati dengan tingkah laku mereka sendiri agar tidak diteladani oleh anak-anak.
Berikan makna perkataan yang bergaris di bawah berdasarkan penggunaaannya dalam petikan.
11. (c) Oleh itu, jelas menunjukkan bahawa pembentukan personaliti anak-anak itu juga banyak dipengaruhi oleh corak didikan yang diterima daripada ibu bapa masing-masing.
Berikan makna perkataan yang bergaris di bawah berdasarkan penggunaaannya dalam petikan.
11. (d) Oleh yang demikian, ibu bapa perlu sedaya upaya mengelakkan diri dari terjebak dalam situasi yang bermasalah.
Berikan makna perkataan yang bergaris di bawah berdasarkan penggunaaannya dalam petikan.
11. (e) Akibatnya, mereka tidak mampu untuk mengembangkan potensi diri.
12. (b4) Tukarkan ayat dalam Tulisan Jawi di bawah ini kepada Tulisan Rumi.
12. (b5) Tukarkan ayat dalam Tulisan Jawi di bawah ini kepada Tulisan Rumi.
Pilih isi penting yang terdapat di dalam perenggan di bawah.
Anak-anak ialah insan yang paling handal dalam meniru tingkah laku manusia. Mereka akan meniru apa saja yang dilihat atau didengar tanpa menilai kebaikan atau keburukannya. Lazimnya anak-anak lebih cenderung untuk melakukan apa yang mereka perhatikan daripada tingkah laku ibu bapa mereka. Seterusnya ikutan itu akan sebati dengan diri anak-anak sehingga menjadi sebahagian daripada tabiat atau tingkah laku mereka.
Pilih isi penting yang terdapat di dalam perenggan di bawah.
Anak-anak juga akan menganggap bahawa gerak geri dipelajari itu baik kerana ibu bapa merupakan model utama yang harus menjadi contoh kepada mereka. Dalam hal ini, ibu bapa perlu berhati-hati dengan tingkah laku mereka sendiri agar tidak diteladani oleh anak-anak.
Pilih isi penting yang terdapat di dalam perenggan di bawah.
Oleh yang demikian, ibu bapa perlu sedaya upaya mengelakkan diri dari terjebak dalam situasi yang bermasalah. Keluarga yang mempunyai masalah akan meninggalkan kesan yang buruk kepada anak-anak. Anak-anak akan hilang keyakinan diri untuk melakukan sesuatu jika mereka sering terdedah kepada pelbagai masalah dalam keluarga. Sebaliknya, mereka akan berasa rendah diri, murung, hidup dalam ketakutan dan sebagainya. Akibatnya, mereka tidak mampu untuk mengembangkan potensi diri.
Pilih isi penting yang terdapat di dalam perenggan di bawah.
Ibu bapa perlu mengubah cara mendidik anak-anak seperti tidak memaksa anak-anak melakukan apa yang diarah, sebaliknya arahan itu perlu sejajar dengan apa yang dipamerkan. Bak kata pepatah Melayu, ‘anak-anak itu umpama sehelai kain putih, ibu bapalah yang mencorakkan kehidupan anak-anak mereka’.
Pilih isi penting daripada perenggan di atas.
Pilih jawapan yang betul dan sesuai.
14. Kita tidak akan menghadapi masalah untuk mencari buku di perpustakaan kerana ____________ buku-buku di situ sangat teratur.
Pilih jawapan yang betul dan sesuai.
15. Sudah ___________ saya menunggu kamu di sini.
Pilih jawapan yang betul dan sesuai.
16. Perlawanan bola sepak Piala Keputeraan malam tadi terpaksa ditangguhkan oleh ____________ hujan lebat.
Pilih jawapan yang betul dan sesuai.
17. Galakan yang diberikan oleh gurunya telah _____________________ lagi azamnya untuk belajar di sekolah berasrama penuh.
Pilih jawapan yang betul dan sesuai.
18. Pasukan tentera darat sedang ___________________ latihan menembak di lapang sasar tersebut.
Pilih jawapan yang betul dan sesuai.
19. Se __________ pelajar itu sedang berbincang tentang majlis yang akan diadakan semasa sambutan Hari Guru nanti.
Pilih jawapan yang betul dan sesuai.
20. Bau busuk dari tempat _________ sampah itu telah menganggu kesejahteraan penduduk yang berhampiran.
Pilih jawapan yang betul dan sesuai.
21. Pilih ayat yang tidak mengandungi Kata Kerja.
Pilih jawapan yang betul dan sesuai.
22. Pilih ayat yang mengandungi Kata Sendi Nama.
Pilih jawapan yang betul dan sesuai.
23. Pilih ayat atau ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.
I. Asmat berasal dari Daerah Tutong.
II. Bungkusan itu dari emak saudara saya di Malaysia.
III. Rogayah baru pulang daripada Kota Kinabalu, Sabah.
IV. Surat itu baru diterima oleh Kassim daripada ketuanya.
Berikan imbuhan yang sesuai pada perkataan dalam kurungan di bawah supaya menjadi karangan yang lengkap dengan memilih satu jawapan yang paling tepat daripada senarai jawapan yang disediakan.
Masalah dan gejala samseng dalam kalangan pelajar hari ini perlu 24 (tangan) dengan pendekatan yang lebih kreatif. 25 (libat) pelajar sendiri untuk 26 (sedar) mereka mengenai risiko-risiko yang akan 27 (hadap) jika terlibat dengan gejala-gejala negatif. Mungkin tidak 28 (lalu) jika kita melibatkan para pelajar yang 29 (masalah) ini dalam 30 (serbu) polis ke tempat-tempat jenayah. Selain pendekatan secara langsung ini, pihak sekolah perlu 31 (wujud) kawasan 32 (kitar) sekolah yang kondusif dengan pelajar sendiri 33 (jadi) penggerak utamanya.
Ayat yang bergaris di bawah mungkin mengandungi kesalahan penggunaan bahasa atau mungkin betul. Jika ada kesalahan, pilih bahagian yang salah itu, sebaliknya, jika semua betul pilih Tiada Kesalahan.
34. Surat khabar di cetak dalam berbagai bahasa untuk memenuhi keperluan masyarakat yang berbilang kaum. Tiada Kesalahan.
Ayat yang bergaris di bawah mungkin mengandungi kesalahan penggunaan bahasa atau mungkin betul. Jika ada kesalahan, pilih bahagian yang salah itu, sebaliknya, jika semua betul pilih Tiada Kesalahan.
35. Kebanyakkan pekerja-pekerja syarikat itu mendapat gaji berdasarkan jawatan yang dipegang oleh mereka. Tiada Kesalahan.
Ayat yang bergaris di bawah mungkin mengandungi kesalahan penggunaan bahasa atau mungkin betul. Jika ada kesalahan, pilih bahagian yang salah itu, sebaliknya, jika semua betul pilih Tiada Kesalahan.
36. Sebagai anggota tentera, Azhar sudah biasa dengan pahit-pahit kehidupan dalam hutan. Tiada Kesalahan.
Pilih jawapan yang sesuai bagi menggantikan kesalahan di dalam ayat yang bergaris di bawah.
37. Walaupun Fahmi anak seorang yang berjawatan tinggi, namun dia tetap rendahkan diri.
Pilih jawapan yang sesuai bagi menggantikan kesalahan di dalam ayat yang bergaris di bawah.
38. Ketiga-tiga ekor lembu-lembu itu akan disembelih pada Hari Raya Aidil Adha nanti.
Pilih jawapan yang sesuai bagi menggantikan kesalahan di dalam ayat yang bergaris di bawah.
38. Ketiga-tiga ekor lembu-lembu itu akan disembelih pada Hari Raya Aidil Adha nanti.
Sambungkan ayat-ayat mudah di bawah menjadi Ayat Majmuk dengan menggunakan Kata Hubung yang betul.
39. (a) Kakak menjerit ketakutan.
(b) Kakak tidak lari.
(c) Kakak tidak juga melawan.
Sambungkan ayat-ayat mudah di bawah menjadi Ayat Majmuk dengan menggunakan Kata Hubung yang betul.
40. (a) Ayah membaca buku.
(b) Ayah di bilik tetamu.
(c) Ibu memasak di dapur.
Sambungkan ayat-ayat mudah di bawah menjadi Ayat Majmuk dengan menggunakan Kata Hubung yang betul.
41. (a) Pengetua itu menasihati pelajar-pelajar .
(b) Pelajar mesti belajar bersungguh-sungguh .
(c) Pelajar mahu berjaya.
Tukarkan Cakap Ajuk di bawah kepada Cakap Pindah dengan memilih jawapan yang betul.
42. “Tayar kereta bapa saya dicuri orang semalam.” Kata Fawaz kepada Syazni.
Tukarkan Cakap Ajuk di bawah kepada Cakap Pindah dengan memilih jawapan yang betul.
43. “Ha! Ha! Ha! Pelawak itu dikejar oleh anjing.” Kata Fa’aid sambil ketawa.
Pilih Peribahasa yang paling sesuai bagi kenyataan di bawah ini.
44. Kelakuan Maria baik kerana dia telah dididik sejak kecil lagi.
Pilih Peribahasa yang paling sesuai bagi kenyataan di bawah ini.
45. “Awak ini macam ___________, sekejap ini, sekejap itu”, kata Naqibah kepada kawannya.
Pilih Peribahasa yang paling sesuai bagi kenyataan di bawah ini.
46. Seseorang yang melakukan pekerjaan dengan pantas tetapi memuaskan.
SOALAN 47 HINGGA 48
Padankan ayat di bawah dengan Perambahan Brunei yang sesuai.
Membuat sesuatu pekerjaan biarlah dengan teliti dan berhati-hati
|
|
Seseorang yang telah kembali semula ke kampung halamannya
|
|